July 01, 2009

brown dress part 2




lamanya saya tinggalkan blog..

hm okey, brown dress syira da pun siap...tapi...hasilnya x memuaskan hati. saya terlalu gopoh.mungkin. disebabkan dress ni da lama x siap jadi saya buat dengan x teliti dan tumpuan saya pun asyik fikir untuk siapkan cepat.. dress tu nampak agak besar untuk syira dan ropol dilengan saya buat kecil sangat..silap..silap..

selepas ini mungkin kecintaan saya terhadap jahit menjahit,blog meblog akan saya hentikan buat sementara waktu.ala.baru semangat nak jahit itu ini da nak kna stop.sedih.tapi kalau saya nak teruskan jugak kecintaan saya ini,agak payah dan susah jugak saya nak usung mesin jahit klasik tu ke tempat study.dan mungkin saya asyik berangan dan buat itu ini sampai study saya pun entah ke mana.ops lupa..permohonan saya tempoh hari diterima..saya diterima untuk program DPLI (diploma perguruan lepasan ijazah) under KPM (kementerian pelajaran malaysia). di UPSI. tapi yang pasti syira tetap saya bawa bersama buat sementara waktu memandangkan kami tak pernah pun berpisah selama ini.agak berat dan susah meninggalkan dia.dan dia pun susah untuk lepaskan saya...tambah2 waktu malam..

mungkin selepas ini saya hanya dapat tengok kawan2 buat itu ini..huhu sedihnya!!!

tata =)