Showing posts with label yassin cover. Show all posts
Showing posts with label yassin cover. Show all posts

June 26, 2011

lagi yassin...kombinasi purple n pink

salam..
kali ni yassin untuk majlis aqiqah anak buah saya, muhamad as'syafie yang berlangsung dirumah atuknya..kakak ipar saya nak corak yang sama seperti oderan lara, cuma jalur tukar warna pink..so  terhasilnya 20 yassin cover kombinasi purple n pink.

yassin1edit

yassin2 copy

haii macam mana rupanya syafie dlm buaian..xdapat nak pegi sebab ada shoot orang kahwin=(

tata=)

purple n pink yassin cover

salam...
oderan yassin n cover bersaiz kecil iaitu sebanyak 10pcs berwarna purple dan 10 berwarna pink..cik lara kimura dari k.lumpur mahukan design fabric yang sesuai untuk diberikan pada tetamu lelaki sempena majlis pernikahannya..dan 10 berwarna pink seperti fabrik design sebelum ini (oderan erni)..mujur kali ni dapat cari kain jalur..

cari punya cari dapat design agak simple n modern sket..

DSC_0757edit copy
yassin berwarna purple

DSC_0778edit copy
tag kecil sikit supaya ngam dengan saiz yassin

DSC_0778editedit copy
suka butangnya..dari giffy shop

semoga lara suka..

tata=)

February 24, 2011

shabby yassin cover


shatila

salam...dan bertemu kembali..

alhamdulillah, alah saya beransur  hilang dan semakin berselera makan sekarang..cuma letih sikit sampai nak update blog pun terasa malas..

oderan kali ini dari shatila,penang..tapi majlis aqiqah berlangsung di kelantan. oderan ni pada tahun baru cina hari tu..shatila mahu cover seperti sebelum ini belang2 n bunga2..tapi malangnya fabrik jalur tu sudah habis stok n terpaksa cari fabrik lain. ini pun beli di shah alam setelah puas mencari fabric sesuai di area sini. oderan sebanyak 40 bersaiz besar 20 puluh warna biru n 20 warna pink..

kali ini lain pulak kisahnya, bersyukur  juga dapat customer seperti shatila yang baik hati dan memperkenalkan kaedah transnasional courier (sebab masa tu da time raya cina, takut tak sampai guna pos)..ha'a ye kenapa la saya xterfikir sebelum ni. lagi snang sampai, cuma kena tahu bas tu menuju lokasi mana. dulu masa time belajar, ada juga nampak orang kirim itu dan ini guna bas, ntah macam mana xboleh fikir pulak nak buat macam tu..
terima kasih shatila dengan oderan ini, maaf jugak sebab tak sempat balas mesej yang terakhir, sebab lepas tu handset rosak, abis hilang semua number didalamnya..huhu..saya jual ye shatila...

tata=)

December 29, 2010

lagi pouch burung, yassin beserta cover dan party pack

terbiar lagi blog ni...tenggelam timbul..tenggelamnya lama timbulnya sekejap saja..huhu
sekarang keadaan  tidak mengizinkan untuk menjahit, saya sudah 'berbadan dua' buat kedua kalinya(heheee)..secara tiba-tiba saya hilang minat melihat mesin jahit, apatah  lagi nak menyentuh  dan bertambah la pulak saja2 nak mencuba menjahit.berbeza betul masa pregnant pertama,semangatnya terlebih-lebih. masuk bulan kedua mula alah, lagi la tutup mesin dengan kain..tak nak tengok langsung mesin jahit!!

lepas ni sekolah dah nak bermula..makanya sepilah lagi blog ini..kebiasaannya awal-awal tahun sibuk banyak. menguruskan kelas dan acara macam2 termasuklah sukan.

Ini. oderan dari Hawa, Ampang. dah  lama sebenarnya hawa m'order..dari hawa tengah pregnant sampai la hawa da nak habis pantang, tak jugak siap2. kesian hawa, alhamdulillah hawa faham keadaan saya dan dia juga berpuas hati dengan hasil yang diterima.thanks hawa =) . hawa order sebanyak 50 pouch burung, 50 yassin berserta cover dan juga 50 party pack. ini percubaan pertama hasilkan party pack, banyak jugak saya belajar dan lepas ini mungkin da tahu apa yang perlu dibuat dan macam mana nak bajetkan belanja.ramai ahli keluarga yang membantu dan juga tak ketinggalan 'terpaksa' mengerahkan tenaga menyiapkan oderan ini, terima kasih daun keladi! 


oderan dari hawa yang bertemakan kuning ceria


yassin beserta cover
surah yassin saiz kecil beserta cover


kombinasi polka dan bunga2
kombinasi polka dan bunga


tema kuning



pouch burung berwarna kuning
pouch burung


pouch burung bergantungan
pouch burung bergantungan


free gift tag
free gift tag


party pack1
percubaan pertama party pack


party pack2


sekian.kita jumpa lagi

tata=)

September 18, 2010

pouch burung & yassin with cover


DSC_0015


DSC_0023

terima order dari erni..sebanyak 20 pouch burung dan 20 yassin bersaiz kecil beserta covernya..

thanx erni!

tata=)

February 27, 2010

baby blue yassin cover

babyblue cover yassin..customer order sebanyak 32 buah surah yassin bersaiz besar

baby blue cover yassin

gift tag..
tag-for free gift

blue strips & english rose..

blueish

thanx cik laila fitri dengan oderan ini..hehe

tata=)




December 07, 2008

Yaasin cover




hari ini saya senang hati..

senang hati sebab berjaya menyiapkan/menyudahkan/selesaikan 20+ cover untuk surah Yaasin

memang agak pening lalat jugak nak siapkan..hmm

saya rasa lepas ni saya terus tido..kesian baby syira tido sorang tanpa dipeluk oleh saya..

tata=)