May 05, 2012

post paling panjang

Assalam..wah da lain rupanya blogger sekarang..tak sempat lagi nak explore apa yang ditokok tambah..huhu..hmm ade ke lagi yang rajin nak jenguk blog saya ye..hehe..xpelah kalo xde pembaca, janji boleh post sekali sekala untuk lepaskan gian..=)

beberapa bulan yang lepas saya telah 'mengepost' status di facebook saya, seperti di bawah:

setelah difikir2,dihitung segala-galanya...rasanya cukuplah sampai sini saja perkhidmatan dijadejadesign..

siapkan order yang dah diterima,kemudian nk tutup kedai...

walaupun rsnya agak berat sbb sudah jatuh bangun,bergelumang,bersusah payah membangunkan dijadejadesign ketahap ini,tapi mgkn ini pilihan yg paling baik..

inilah cita2 saya,kecintaan saya,minat dan jiwa saya..tapi sy perlu lepaskannya demi kebaikan semua..

terima kasih kpd customer yg byk memberi sokongan,bsabar dgn kesibukan sy..sgla sokongan anda selama ini amat berharga buat diri sy sbg crafter...terima kasih..

kemudian saya mendapat beberapa komen dari kawan-kawan. ada yang mencadangkan saya 'berhenti' seketika bila anak da besar sikit baru kembali menjahit,ada yang cadangkan supaya hanya sebagai hobi,ada masa buat,kalu x ada masa xpayah buat..lepas tu saya pun terfikir,banyak sangatkah order yang saya terima sampai nk berhenti tutup kedai bagai..heheheee

tapi memang ya,kadang2 sukar untuk mengimbangi masa..bekerja,rumahtangga dan minat..kadang2 terlebih tumpuan kepada minat,rumah jadi terabai, utamakan kerja sampai berbulan2 mesin jahit pulak terperuk di dalam almari,email quotation dari yang berminat dengan hasil craft kita pn xberjawab.yang paling saya risaukan adalah anak-anak,kerana saya takut 'keobsesan' saya terhadap menjahit akan membuatkan anak-anak terabai..contohnya masa cuti hujung minggu xdapat nk bawak anak2 keluar bermain,sebab maknya sebuk nak menjahit! (masa 2 ari tu la nak pulun segala,menjahit pn nak,mengemas rumah pn nak,berjalan pn nak..haih..itu belum tolak hari sabtu kena ke sekolah jugak).sampaikan ada satu tahap saya fikir,ada ke ubat atau supplement yang boleh buat badan xletih, mata boleh celik 24 jam supaya boleh selesaikan pelbagai pekara..huhu..

berbalik cerita nak berhenti tu, saya mula fikir hendak let go kain,buttons,ribbon yang banyak dalam simpanan saya..tapi bila bukak almari,tengok kain yang somel,buttons suma..rasa macam sayuuu je,sedih pulak nak meninggalkan minat saya ni.

kemudian,saya pn ceritakan pada suami yang saya nak let go semua barang saya,saya nak pencen,nak tutup kedai.. suami pun memberi pandangan (selalunya pendapat lelaki rasional sikit kot sebab xbanyak dipengaruhi emosi..hihi), xpayah la beriya-iya sampai nak berhenti,tutup kedai,jual segala..teruskan dengan apa yang ada.jangan buat separuh jalan. kalau satu hari tu xmampu buat banyak buatlah sikit..janji konsisten, itu yang sepatutnya.. kena mention kepada customer j/masa yang perlu diambil sbb kita bekerja bkn fulltime hasilkan craft dan bila sudah terima tempahan jangan bertangguh, mulakan sedikit2 lama2 siap jugak.

saya ingat dia gembira dengan keputusan saya nk berhenti n tutup kedai. rupanya sangkaan saya memang salah..saya sangat berterima kasih kepada suami kerana dia betul2 memahami saya.cuma saya perlu beringat dan juga tidak ambil kesempatan..keluarga dan kerja mesti letak utama dulu, kemudian baru la menjahit..insya'allah..saya cuba mengontrol keobsesan saya..hihi..iyo lah bila datang gian menjahit tu, memang lupa segala benda, tambah2 kalau apa yang dijahit tu menjadi!

sekarang,makin hendak 'pencen' makin seronok pulak menjahit..makin menjadi-jadi pulak membeli kain.ada yang bertanya,tak jadi 'pencen' ke?...rasanya....TAK KOT...cuma aktiviti dikurangkan memandangkan anak2 semakin membesar dan perlukan perhatian yang lebih.

dah.habis cerita xjadi pencen.


PILLOW
untuk sebulan dua ni, ada 2 order pillow sempena hari jadi orang tersayang..

DSC_8582a

DSC_8584
order dari kak jaja untuk suaminya

pillowbaru
ini pulak order dari kak liza untuk anaknya


DRESS
Sekarang ini, sangat suka menjahit dress untuk budak2 somel. Tempahan dari niena 2 pasang dress untuk anaknya menimbulkan rasa syok pulak menjahit baju budak2 somel.Kain niena yang punya so saya cuma jahit saja..niena kasi beberapa piccas dress kanak-kanak yang menjadi minatnya,jadi saya cuba tunaikan..

MSS_5733 copy
Dua helai dress menggunakan fabrik yang sama=)

pink dress copy
Pink Dress (credit pattern to lilybird studio)

ruffle pillowcase dress copy
yang ini pula, Ruffle Pillowcase Dress (dress diolah sikit, saya buat ala ruffle supaya nampak somel sket)

lepas tu, saya gagahkan jugak menjahit dress untuk dua orang anak saya,dah lama nak jahitkan baju sama..

appledress

chia merah

farha merah

chia kipas

harap-harapnya anak suka=) ..sikakak komen baju nampak ketiak,jadi kna la pakaikan dengan cardigan supaya nampak  sopan..hihi

haa..panjang kali ni, nak cover untuk bulan2 lepas..huhu

tata=)