December 29, 2010

lagi pouch burung, yassin beserta cover dan party pack

terbiar lagi blog ni...tenggelam timbul..tenggelamnya lama timbulnya sekejap saja..huhu
sekarang keadaan  tidak mengizinkan untuk menjahit, saya sudah 'berbadan dua' buat kedua kalinya(heheee)..secara tiba-tiba saya hilang minat melihat mesin jahit, apatah  lagi nak menyentuh  dan bertambah la pulak saja2 nak mencuba menjahit.berbeza betul masa pregnant pertama,semangatnya terlebih-lebih. masuk bulan kedua mula alah, lagi la tutup mesin dengan kain..tak nak tengok langsung mesin jahit!!

lepas ni sekolah dah nak bermula..makanya sepilah lagi blog ini..kebiasaannya awal-awal tahun sibuk banyak. menguruskan kelas dan acara macam2 termasuklah sukan.

Ini. oderan dari Hawa, Ampang. dah  lama sebenarnya hawa m'order..dari hawa tengah pregnant sampai la hawa da nak habis pantang, tak jugak siap2. kesian hawa, alhamdulillah hawa faham keadaan saya dan dia juga berpuas hati dengan hasil yang diterima.thanks hawa =) . hawa order sebanyak 50 pouch burung, 50 yassin berserta cover dan juga 50 party pack. ini percubaan pertama hasilkan party pack, banyak jugak saya belajar dan lepas ini mungkin da tahu apa yang perlu dibuat dan macam mana nak bajetkan belanja.ramai ahli keluarga yang membantu dan juga tak ketinggalan 'terpaksa' mengerahkan tenaga menyiapkan oderan ini, terima kasih daun keladi! 


oderan dari hawa yang bertemakan kuning ceria


yassin beserta cover
surah yassin saiz kecil beserta cover


kombinasi polka dan bunga2
kombinasi polka dan bunga


tema kuning



pouch burung berwarna kuning
pouch burung


pouch burung bergantungan
pouch burung bergantungan


free gift tag
free gift tag


party pack1
percubaan pertama party pack


party pack2


sekian.kita jumpa lagi

tata=)

October 21, 2010

more personal pillow

hairi & hazra
oderan dari amy untuk dijadikan hadiah kepada pasangan bahagia ini..hairi&hazra=D

syahmina
oderan dari ida untuk babynya..nur umairah syahmina=D

sekarang dilanda kemalasan yang amat sangat,nak snap gambar pun malas..jadi gambar pun ala kadar je

tata=)

October 16, 2010

giveaway:dapat label yeayy!

ada giveaway yang sangat menarik..harap2 ada ong..
buleh cuba di sini

dan saya mempertaruhkan design ini..skali tengok okey..dua kali tengok macam crowded pulak..
da lama nak order tapi asyik pikir macam mana nak design kasi cantik..asyik pikir aje sampai la ni xjalan2..hihi

rename

jom join..saiz kna 2"x0.5" oke=D

tata=)

October 15, 2010

jubah

sangat susah menjahit chiffon..=(

September 23, 2010

daisy in red top



salam,

top ni sebenarnya nak pakai raya, tapi baru semalam siap..tapi kira baju raya jugak la kan sebab syawal sebulan..hehe..

tata=)

September 21, 2010

star paisley in sand top

salam..
hari ini da lebih seminggu dalam bulan raya.. tapi tak banyak pun rumah yang diziarahi..dekat sini asyik hujan, jadi rasa nak berjalan raya tu sikit terbantut..tambah2 sekarang musim orang demam, selsema dan batuk..menjahit ajelah ye!!

sempena menyambut syawal lepas saya jahit 2 helai saja baju raya untuk chia..planning sikit punya besar nak buat bisnes baju kurung untuk anak-anak cumell, tapi satu ape pun xmenjadi.. hehehe..berangan aje yang lebih.

hari puasa saya sibuk menyiapkan oderan bantal dengan yassin cover serta pouch burung..tup..tup tinggal berapa hari aje nak raya..tolak hari balik kampung suami..jadi tinggal ciput aje la hari untuk menjahit baju raya.

ini top untuk chia. mula-mula nak buat dress tapi rasa dress dah ada, baru aje pun lagi jahit..pakai aje yang ada. rasa hari da suntuk pun. top la paling cepat nak jahit, boleh pakai dengan seluar.

saya xbanyak beli kain, godek-godek kain sedia ada jumpa la kain yang dah lama beli di lovemelots. abaikan kesilapan memotong kain, macam mana saya boleh tersilap tengok ira kain pun saya tak tahu. alih-alih mak saya tengok da silap..hihihi..cuai!!

top2

ini, chia pakai..sekarang susah nak snap gambar dia..


chia top

tata=)

September 18, 2010

pouch burung & yassin with cover


DSC_0015


DSC_0023

terima order dari erni..sebanyak 20 pouch burung dan 20 yassin bersaiz kecil beserta covernya..

thanx erni!

tata=)

September 17, 2010

selamat hari raya aidilfitri 1431h

dikesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri 1431h..
mohon maaf zahir dan batin kepada semua yang mengenali diri ini


tata=)


August 22, 2010

personal pillow

mendapat oderan dari mas.. 2 bantal skali.. untuk menghasilkan oderan ini memang banyak ujiannya..actually ada lagi satu oderan dari kawan lama saya. jadi pada masa tu 3 skali perlu siapkan. nasib baik mas boleh sabar..ribu-ribuan terima kasih la mas..

fahim rasyidi


khalilah adani

first step saya jahit dulu plain fabrik tu dgn polka..siap 3 skali, cuma tak dicantumkan bahagian belakang saja supaya memudahkan proses transfer gambar..(wajib permukaaan rata kalau mahu hasil yg mabeles)..rasa macam best sket bila 1st step tu da setel..rasa lebih mudah la lepas ni, just iron aje... okey pasni p kedai bli kertas dekat kedai nyonya..drive n sampai kedai memang nasib la sebab ada cukup2 tiga helai aje..nyonya cakap da abis, kena tunggu stok..rasa lega lagi sebab cukup-cukup..
design saya da reka siap2 menggunakan photoshop, so tinggal untuk proses iron pulak..ha dekat sini la maha hebat betol ujiannya. iron satu, xmahu melekat sangat pada kain, tinggikan level iron..xmahu jugak..iron lagi satu, okey.itu pun berpeluh jugak nak 'menyeliat' kertas tu dari fabrik, hasilnya kureng sikit, ada serupa macam 'crack' pada tulisan..aisey..nape pulak ni. selalu tak macam ni. iron yang ketiga pun mcm tu jugak..nak buat macam mana ni?---->kena buat post mortem lepas ni kenapa sedemikian rupa
disebabkan kedai nyonya itu satu-satunya yang menjadi pengedar kertas tersebut dikawasan sekitarnya maka perlu buat oderan diluar kawasan. cari 'kaki' yang boleh tolong. sementara tunggu 'kaki' membeli dan 'mengepos' itu kertas, rombak balik kain plain n polka tadi..hasil ketiga-tiganya langsung xbole pakai!!..guna kertas xde brand kot jadi macam tu..tapi sebelum ini okes pulak..ke sebab kain?..hmm..penin lalat nak fikir
okeh kertas sampai dan kualitinya memang jauh beza..setimpal dengan harganya yang 'up' sikit dari kertas sebelum ini. kali ni berhati-hati.peka terhadap cuaca sekeliling, hahaha mana la tau kan kalau cuaca pun salah satu faktor penyumbang kemantapan samada mabeles atau k.o.. dan time membukanya amat mencabar,s angat susah untuk tanggal..memang melekat sungguh.. sampai berpeluh-peluh, buat perlahan-lahan, tingkatkan level sabar..... dan... akhirrrnya.. alhamdulillah, menjadi juga.. dan hasilnya juga okey, lembut dan nipis dan tidak mudah berkedut..memang sangat berbeza dari kertas sebelumnya..
da habis tahap sukar, jahit la bagi siap..dan..lega dah siap.. mahu pos sudah...=)
terima kasih mas dengan oderan ini, terima kasih jugak sama-sama share idea bagaimana nak buat pembungkusan yang paling bagus untuk proses penghantaran..terima kasih ya..sangat-sangat terima kasih!!!!
..hm..sebenarnya saya teringin banget nak menjahit baju kurung untuk anak-anak comel di luar sana..tapi masih lagi x ada kesempatan. ada lagi satu projek perlu disiapkan sebelum sabtu ni.. puasa pun da tinggal berapa hari saja pun..ada ke lagi orang nak cari baju raya ye...alahaii=(
tata=)

July 27, 2010

roses dress with cardigan





completedress1

akhirnya roses dress sudah pun siap..

complete dress

sebenarnya dress tu siap lama, cuma cardigan tu lambat sket..ntah tiba-tiba semangat hilang dibawa angin lalu..haha..hari ini baru bersemangat sikit untuk siapkan..

cardigan

cardigan tu percubaan pertama saya mengubahsuai baju yang sudah tak pakai..banyaaakkk sangat baju yang tak digunakan tambah2 tshirt..(husband saya la punya). kemudian terfikir nak buat cardigan untuk dipakai bersama roses dress..bernasib baik sebab ada baju tidur insyirah masa baby dulu yang hanya 2,3 kali pakai dan masih elok.cuma kecik la jadinya..tapi sesuai sangat ubah jadi cardigan.

saya cari tutorial..ada satu yang saya rasa best untuk diikut dan sangat mudah. kemudian saya letakkan ruffles supaya nampak lebih okey dan tak terlalu simple.

ruffles tu saya jahit menggunakan tapak ini..tersangat lah senang..teringat masa menggunakan mesin jahit klasik saya dulu..buat kedut seperti ini kna ambil masa yang lama..sekarang legaaaa banyak..hehe

tapak mengedutkan fabrik

tapi saya tetap tak lupakan mesin jahit klasik saya tu..;)

tata=)

July 22, 2010

sneak peek : roses dress

sneak peek

nantikan kemunculannya...tak siap lagi..hehe

tata=)

July 01, 2010

kebaya

chia dan kebaya

mode: saya sedang belajar membuat kebaya =)






tata=)


June 30, 2010

3 dalam 1

Ada 3 cerita iaitu:


  1. Camera strap slip cover
  2. Khamjoe giveaway
  3. Personal pillow
  • Camera strap slip cover

1st time melihatnya di mycrazyartzone terus rasa nak buat walaupun xde fabrik yang boleh dikategorikan tangkap cun atau meleleh air liur kalau tengok. husband saya sekali-sekala 'mengeshoot' gambar untuk majlis kawin2 atau event, sehari suntuk bersama DSLR bayangkan keadaan strapnya---->lembap kena peluh..jadi haruslah ya untuk membuatnya..

saya guna padding keras.silap betul.jadi keras sangat camera strap tu. dan. memang camera strap slip cover tu akan menjadi 'besar' atau saya terbuat besar?

camera strap cover
dalam banyak fabrik dalam simpanan, motif kuda belang ini saja yang boleh tahan dan dikira sesuai dengan sifat kelakian (hahaha abaikan ayat saya ..masa sekolah karangan dapat markah rendah..heheee)

saya akan buat lagi satu untuk saya pula.rasa macam tak aci pulak saya x ada (macam la pandai sangat ambil gambar!)..untuk saya wajib beli fabrik di lovemelots..haha..(gaya mesti ada walaupun skill x berapa nak ada ;D )

*************

  • Khamjoe giveaway
Suatu hari, saya memberi komen hasil kerja KhamJoeDesign. dan. inilah yang saya dapat:
gift

gift
Kreatif sungguh. saya selalu singgah ke sana..menjenguk kalau2 ada idea baru. memang talented dan banyak memberi inspirasi pada saya rancang aktiviti2 bersama budak sekolah. 'budak sekolah' suka sesuatu yang praktikal.mencabar.kreatif. saya paling takut mereka kata saya 'membosankan' walaupun migrain untuk fikirkan konsep atau idea yang fresh setiap kali membuat aktiviti.

**************
  • Personal pillow

Baru tadi siap. masih lagi rasa xpuas. nak buat lagi satu, dua atau berapa banyak sehingga rasa puas...nak saya buatkan satu? email gambar pada saya. gambar jelas. yang boleh menampakkan jerawat mahupun jeragat..hahaha (rasa kurang sopan pulak cakap macam tu)..
personal pillow chia
personal pillow chia 2

tata =)

June 14, 2010

english rose dress

english rose dress

dress baru untuk chia..

tata=)

March 03, 2010

rozi's needlework giveaway

hari ni nak join giveaway dari rozi's needlework..kalau boleh saya nak yg ini..




ada lagi yang cantik-cantik..tapi saya tetap berkenan yang ini...nak buat cushion comel untuk kereta saya..hehehe

jom join ramai-ramai...

tata=)

February 27, 2010

baby blue yassin cover

babyblue cover yassin..customer order sebanyak 32 buah surah yassin bersaiz besar

baby blue cover yassin

gift tag..
tag-for free gift

blue strips & english rose..

blueish

thanx cik laila fitri dengan oderan ini..hehe

tata=)




February 22, 2010

::Vintage Dress::








...penat..seharian menjahit..

..lega...dapat melepaskan gian..hehe..

..inilah hasilnya....

:::::::VINTAGE DRESS:::::::

=) tata..

February 03, 2010

KEMUNCULAN KU..

lagi beberapa hari sahaja saya di benua TM.
dan akan kembali semula ke kampung halaman saya untuk menjalani praktikum..
yahuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu...boleh menjahit lepas ni!!!

saya perlu mencari mood saya yang hilang ntah ke mana,
perlu menyusun semula idea,
cari balik kain cotton..letak kat mana pun saya da lupa..heheee~
dan saya perlu memastikan mesin jahit sentiasa sihat..
kerna saya sudah kehilangan ayah yang setia dan mahir menyembuhkan mesin jahit saya..
sedih sangat..(al-fatihah)...


tata =)